Isnin, 2 Julai 2012
Sesaat aku jatuh cinta
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta
membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas
dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian
membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi Tuhan memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi
hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2
titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa
air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai
seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab
titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih
mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita
mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak
berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika
kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa
sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika
kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari
mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu
berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila
kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah
menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu
yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka telah disakiti....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan